Berilmu….Beramal….Berakhlak

SK Sungai Pusu merupakan sebuah sekolah rendah kebangsaan yang terletak dalam Zon Gombak Utara, Gombak ,Selangor. Sekolah ini adalah dalam kategori sekolah luar bandar. Persekitarannya merupakan kawasan kampung yang mojiriti penduduknya berbangsa Melayu. Sekolah ini mendapat namanya sempena nama Kampung Sungai Pusu yang terletak tidak jauh dari sekolah ini. Dahulunya kawasan ini adalah ladang getah yang berbukit bukau dan telah di wartakan oleh kerajaan sebagai tanah hak milik Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini telah dibina bagi memenuhi keperluan dan kepadatan penduduk setempat yang semakin meningkat. Sekolah ini juga terletak berhampiran dengan SMK Sungai Pusu. SK Sungai Pusu mula dibuka dan beroperasi pada tahun 1997. Bermula dengan 25 orang tenaga pengajar dan 5 staff bukan akademik yang menjadi pelopor sekolah ini. Pada ketika itu (tahun 1997) SK Sg.Pusu adalah sekolah bergred B yang mempunyai seramai 443 orang murid yang terdiri daripada murid-murid Melayu sahaja. Bermula tahun 1998, SKSP mula menerima murid-murid Indonesia dan juga murid-murid Orang Asli. Pada tahun 2003, bangunan tambahan satu tingkat telah siap dibina bagi mewujudkan sebuah makmal komputer yang mempunyai dua bilik. Makmal ini menempatkan 43 buah komputer dan 2 buah LCD untuk kemudahan murid-murid dan guru. Murid-murid digalakkan ke bilik komputer bersama – sama guru mata pelajaran mengikut jadual waktu yang telah disediakan oleh penyelaras makmal. Pada tahun 2009, blok baru tiga tingkat telah siap dibina bagi menampung bilangan pelajar yang kian bertambah di SKSP. Blok ini mempunyai 9 kelas dan 6 tandas yang mampu menempatkan seramai 360 orang murid untuk satu-satu masa bagi kemudahan murid-murid dan guru-guru.

Advertisements


%d bloggers like this: